Sunday, 12 February 2012

Prepaid dan Sim Pek.

Ini adalah bidang aku yang utama sekarang ni...

PREPAID:

MAXIS: dealer dealer yang berurusan terus dengan PENGEDAR UTAMA maxis pun, cuma akan dapat seperti berikut:

KAD RELOAD NILAI RM5, RM10, RM30, RM50, RM100: diskaun 3.5% upfront.
ELOAD MAXIS DARI NILAI RM3- RM100: diskaun 3.5% upfornt.
HOTTICKET RM10 DAN RM15: diskaun 5% upfront.
HOTTICKET INTERNET: diskaun 4% upfront.
SIM PEK PERMULAAN: RM6.10, jual RM8.80
SIM PEK INTERNET: RM16, jual RM20.00
tapi dari segi banting, flyers, dan sticker2 adalah diberikan percuma.

Ini yang apa dealer-dealer biasa akan dapat. Still lebih tinggi dari apa kebanyakan owner server bagi kan? Ok la kan?...

Tapi tahu ke, kalau dapat naik pangkat dalam maxis ni, dapat DEALER B je pun, untuk PRODUK ELOAD YANG NILAI ADA DARI RM3 HINGGA RM100 tu, biasa dapat 3.5% kan? Dapat pangkat B jek, boleh dapat 3.5% diskaun upfornt, dan dapat extra 1.5% profit dalam pengiraan sebulan.

Contoh:
dalam sebulan , jualan eload maxis katakanlah RM30,000.
untung 3.5% = RM1050 untung.

kalau dapat pangkat B, dapat extra 1.5%.
untung extra 1.5% = RM450.00
untung 3.5% = RM1050.
total untung: RM1500.00.

AMACAM???

macamne kita nak dapat pangkat B ni?

caranya: activation sim pek permulaan la KUNCI UTAMA nya.

kelayakan berpangkat B:

  • Activation sim pek permulaan sebanyak 55pcs dalam sebulan.
  • Activation perlu di topup minima RM10 dalam 2 minggu setelah activate.
  • Perlu maintain setiap bulan.
  • Perlu activate minima seperti di atas , minima 6 bulan berturut-turut, baru boleh naik pangkat.
  • Selepas naik pangkat B, activation mesti berterusan, kalau x berterusan,pangkat turun balik..
Agak-agak la, kalau nak jual sorang-sorang sim pek permulaan dengan topup RM10 minima tu, 55 keping sebulan setiap bulan, boleh x?? susah gak beb kalau x bersatu....