Sunday, 12 February 2012

Prepaid dan Sim Pek.

Ini adalah bidang aku yang utama sekarang ni...

PREPAID:

MAXIS: dealer dealer yang berurusan terus dengan PENGEDAR UTAMA maxis pun, cuma akan dapat seperti berikut:

KAD RELOAD NILAI RM5, RM10, RM30, RM50, RM100: diskaun 3.5% upfront.
ELOAD MAXIS DARI NILAI RM3- RM100: diskaun 3.5% upfornt.
HOTTICKET RM10 DAN RM15: diskaun 5% upfront.
HOTTICKET INTERNET: diskaun 4% upfront.
SIM PEK PERMULAAN: RM6.10, jual RM8.80
SIM PEK INTERNET: RM16, jual RM20.00
tapi dari segi banting, flyers, dan sticker2 adalah diberikan percuma.

Ini yang apa dealer-dealer biasa akan dapat. Still lebih tinggi dari apa kebanyakan owner server bagi kan? Ok la kan?...

Tapi tahu ke, kalau dapat naik pangkat dalam maxis ni, dapat DEALER B je pun, untuk PRODUK ELOAD YANG NILAI ADA DARI RM3 HINGGA RM100 tu, biasa dapat 3.5% kan? Dapat pangkat B jek, boleh dapat 3.5% diskaun upfornt, dan dapat extra 1.5% profit dalam pengiraan sebulan.

Contoh:
dalam sebulan , jualan eload maxis katakanlah RM30,000.
untung 3.5% = RM1050 untung.

kalau dapat pangkat B, dapat extra 1.5%.
untung extra 1.5% = RM450.00
untung 3.5% = RM1050.
total untung: RM1500.00.

AMACAM???

macamne kita nak dapat pangkat B ni?

caranya: activation sim pek permulaan la KUNCI UTAMA nya.

kelayakan berpangkat B:

  • Activation sim pek permulaan sebanyak 55pcs dalam sebulan.
  • Activation perlu di topup minima RM10 dalam 2 minggu setelah activate.
  • Perlu maintain setiap bulan.
  • Perlu activate minima seperti di atas , minima 6 bulan berturut-turut, baru boleh naik pangkat.
  • Selepas naik pangkat B, activation mesti berterusan, kalau x berterusan,pangkat turun balik..
Agak-agak la, kalau nak jual sorang-sorang sim pek permulaan dengan topup RM10 minima tu, 55 keping sebulan setiap bulan, boleh x?? susah gak beb kalau x bersatu....


Thursday, 29 December 2011

Salam

Salam..

Page ni dibuat kerana memudahkan pencari pencari peluang bisnes. bukan la bermakna diri ni dah tahu semua benda, kalau ada antara yang view page ni, ada tau peluang lebih baik, apa salah share, kan?

Kenape rasional kita share peluang bisnes ni?

Contoh mudah:

Aku sekarang ada niaga la sikit, ada kedai kat area Bukit Rambai, Melaka. Ada jual topup, handphone, sim pek, aksesori, dan jual air tin.......
Setiap pembelian yang biasa je "volume", diorang bagi harga pun biasa2 jek la. x de la dapat diskaun best2.... Tapi, kalau aku order dengan volume yang besar, baru la diorang ada bagi diskaun!.

Nampak x? kalau kita lebih bersatu, kita boleh dapat harga barang dengan lebih murah, dan kita mungkin boleh jadi leader dalam menjual produk tertentu...

Setakat ni, ni la peluang bisnes yang aku boleh tau>>>

Usha la page dalam blog ni, komen dan teguran amatlah digalakkan.

Terima kasih,
Faiz Mastor,
admin Direktori Perniagaan.